Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 17) 2007 (PINDAAN) 2018
Seksyen 4
Perenggan 3 Perintah ibu dipinda—
(a)
dalam subperenggan
(1)
dengan menggantikan perkataan
“Tertakluk kepada subperenggan (2),” dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan ini dan perenggan 3A,”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:
“(1A) Syarikat berstatus BioNexus yang disebut dalam Perintah ini hendaklah memenuhi kehendak yang berikut:
(a)
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa dan pekerja berpengetahuan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
P.U. (A) 395 4
(b)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak atau pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak .”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:
“(2A) Tertakluk kepada subperenggan (2B), jika suatu syarikat berstatus BioNexus telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan
(1)
pada atau sebelum 16 Oktober 2017, kehendak yang disebut dalam subperenggan (1A) hendaklah tidak terpakai kepada syarikat berstatus
BioNexus itu sehingga 30 Jun 2021.
(2B)
Jika suatu syarikat berstatus BioNexus menjalankan suatu aktiviti yang layak yang baharu selepas 16 Oktober 2017, subperenggan (2A) hendaklah tidak terpakai dan syarikat berstatus
BioNexus itu hendaklah diberikan pengecualian di bawah subperenggan
(1)
berhubung dengan aktiviti yang layak yang baharu itu sehingga 31 Disember 2018.
(2C)
Jika suatu syarikat berstatus BioNexus telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) selepas 16 Oktober 2017, kehendak yang disebut dalam subperenggan
(1A)
hendaklah tidak terpakai kepada syarikat berstatus
BioNexus itu sehingga 31 Disember 2018.”.
Perenggan baharu 3A