Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2009 (PINDAAN) 2018

Seksyen 3

(3)

Perenggan 2

dan 3

disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 2 September 2006.

Pindaan am 2.

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2009 [P.U. (A) 156/2009], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda—

(a)

dalam teks bahasa

Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“an approved business” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“a qualifying activity”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “perniagaan diluluskan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “aktiviti yang layak”.

P.U. (A) 381 3

Pindaan perenggan 3 3.

Perenggan 3 Perintah ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (1) dengan menggantikan perkataan “Menteri”

dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan ini dan perenggan 3A dan 4, Menteri”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:

“(2A) Tertakluk kepada subperenggan (2B), jika suatu syarikat diluluskan telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) pada atau sebelum 16 Oktober 2017, kehendak bagi syarikat diluluskan yang disebut dalam subperenggan 3(1A)

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Pengecualian) (No. 17) 2007 hendaklah tidak terpakai kepada syarikat diluluskan itu hingga 30 Jun 2021.

(2B)

Jika suatu syarikat diluluskan menjalankan suatu aktiviti yang layak yang baharu selepas 16 Oktober 2017, subperenggan (2A)

hendaklah tidak terpakai dan syarikat diluluskan itu hendaklah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubung dengan aktiviti yang layak yang baharu itu hingga 31 Disember 2018.

(2C)

Jika suatu syarikat diluluskan telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) selepas 16 Oktober 2017, kehendak bagi syarikat diluluskan yang disebut dalam takrif

“syarikat berstatus BioNexus” dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)

(No. 17) 2007 hendaklah tidak terpakai kepada syarikat diluluskan itu hingga 31 Disember 2018.”.

P.U. (A) 381 4

Perenggan baharu 3A

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2009 (PINDAAN) 2018