Malaysia legislation
Section 3A
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2009 (PINDAAN) 2018
Seksyen 3A
(1)
Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat diluluskan yang disebut dalam subperenggan 3(1), pendapatan harta intelek berikut yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak hendaklah tidak diambil kira:
(a)
royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021, daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh syarikat diluluskan; dan
(b)
royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat diluluskan.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)—
(a)
suatu syarikat diluluskan memiliki hak harta intelek jika syarikat diluluskan adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu;
(b)
royalti atau pendapatan lain adalah diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu;
(c)
“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, inovasi dan penemuan utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, proses atau formula dan
P.U. (A) 381 5
pengetahuan rahsia, petunjuk geografi, pemberian perlindungan suatu varieti tumbuhan dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar;
(d)
“hak harta intelek yang baharu” ertinya hak harta intelek yang berkaitan dengan aktiviti yang layak yang disediakan oleh syarikat diluluskan yang—
(i)
menjadi milik syarikat diluluskan pada atau selepas 1 Julai 2018; atau
(ii)
menjadi milik syarikat diluluskan selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 akibat perolehan oleh syarikat diluluskan, secara langsung atau tidak langsung, daripada syarikat berkaitan;
dan
(e)
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1)
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].”.
(3)
Apa-apa pendapatan harta intelek yang tidak diambil kira dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.”.
Dibuat 31 Disember 2018
[Perb. 0.3865/73(SJ.133-5); LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-2; PN(PU2)80/XCII]
DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 381 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 2) 2009 (AMENDMENT) ORDER 2018