Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 untuk menjalankan suatu perniagaan pengendalian pelancongan daripada pembayaran cukai berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada rombongan pelancongan rangkum semua.
P.U. (A) 7 3
(2)
Pengecualian dalam subperenggan (1) hanya terpakai jika jumlah bilangan pelancong dari luar Malaysia dalam rombongan pelancongan rangkum semua yang berhubungan dengan syarikat itu adalah tidak kurang daripada tujuh ratus lima puluh dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang disahkan melalui suatu surat daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
Penyenggaraan akaun yang berasingan