Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2014

Seksyen 4

Pengecualian

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang yang layak pemastautin di Malaysia daripada bayaran cukai pendapatan berkenaan dengan lima puluh peratus daripada pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada aktiviti yang layak bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut bermula daripada tahun taksiran dalam tempoh asas sebaik selepas tempoh pengecualian (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”).

(2)

Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan untuk elaun tersebut dibuat.

(3)

Dengan syarat bahawa jika aset yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti atau projek, sebagaimana yang berkenaan, selain aktiviti yang layak itu, maka elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira kepada setakat mana aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang pertama disebut.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

P.U. (A) 166 5

Kerugian