Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Apa-apa amaun kerugian larasan yang ditanggung daripada aktiviti yang layak sebelum atau semasa tahun taksiran yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 7) 2013 dan Perintah ini, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong terhadap pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tahun selepas tahun taksiran yang dikecualikan sehingga aktiviti itu menggunakan semua amaun kerugian larasan yang ke atasnya ia berhak.
(2)
Sekian banyak daripada kerugian larasan yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang disebut dalam subperenggan 4(1), dalam tahun selepas tahun taksiran dikecualikan tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta.
Sumber dan akaun berasingan