Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi orang yang layak yang dalam tempoh asas bagi tahun taksiran orang itu—
(a)
telah membuat tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;
(b)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah
Akta
Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327];
(c)
telah membuat suatu tuntutan untuk suatu potongan di bawah mana-mana Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(i)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Belanja
Pra-Permulaan berhubung dengan Pembangunan Integrasi Kilang
Penapisan Minyak dan Petrokimia) 2013 [P.U. (A) 43/2013]; atau
(ii)
jika Menteri telah menetapkan suatu bangunan sebagai bangunan industri di bawah perenggan 80 Jadual 3 Akta atau amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta; atau
(d)
gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan oleh Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Dibuat 14 Mac 2014
[Perb. 0.3865/449 JLD. 2; LHDN. 01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)80/LXXV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 166 7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2014