Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015 (PINDAAN) 2018
Seksyen 4
Perenggan baharu 2A
Perintah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 2 perenggan yang berikut:
P.U. (A) 396 3
”Syarikat yang layak 2A.
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(b)
yang bermastautin di Malaysia;
(c)
yang telah membuat permohonan kepada Menteri Kewangan dan
Menteri
Perdagangan
Antarabangsa dan
Industri untuk dianugerahkan status syarikat Koridor Raya Multimedia pada atau selepas 1 Januari 2015 dan belum menjalankan aktiviti yang layak pada masa permohonan itu dibuat;
(d)
telah dianugerahkan status syarikat Koridor Raya Multimedia pada atau sebelum 30 Jun 2018; dan
(e)
yang memenuhi kehendak yang berikut:
(i)
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(ii)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak atau pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak.”.
P.U. (A) 396 4
Pindaan perenggan 3