Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015 (PINDAAN) 2018

Seksyen 5

Syarikat yang layak ertinya suatu syarikat—

(a)

dalam subperenggan

(1)

dengan menggantikan perkataan

“Menteri mengecualikan” dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan ini dan perenggan 3A dan 5, Menteri mengecualikan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:

“(2A) Tertakluk kepada subperenggan (2B), jika syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah superenggan (1) pada atau sebelum 16 Oktober 2017, kehendak bagi syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 2A(e) hendaklah tidak terpakai bagi syarikat yang layak itu sehingga 30 Jun 2021.

(2B)

Jika suatu syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak yang baharu selepas 16 Oktober 2017, subperenggan (2A)

hendaklah tidak terpakai dan syarikat yang layak itu hendaklah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubungan dengan aktiviti yang layak yang baharu itu sehingga 31 Disember 2018.

(2C)

Jika suatu syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah superenggan (1) selepas 16 Oktober 2017, kehendak bagi syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 2A(e)

hendaklah tidak terpakai bagi syarikat yang layak itu sehingga 31 Disember 2018.”.

Perenggan baharu 3A

Section 5 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015 (PINDAAN) 2018