Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu—
(a)
telah membuat tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(b)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;
(c)
telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau
(d)
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(i)
elaun di bawah Jadual 3 Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos yang berhubungan dengan Latihan untuk Pekerja bagi Pelaksanaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan) 2014 [P.U. (A) 334/2014]; atau
P.U. (A) 50 10
(iv)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
Dibuat 11 Mac 2015
[Perb. 0.3865/303 JLD.4; LHDN 01/35/(S)/42/51/82-87; PN(PU2)80/LXXVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 50 11
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2015