Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan penganugerahan status syarikat Koridor Raya Multimedia, dan—

(a)

yang dijalankan oleh syarikat yang layak di luar kawasan yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bandar siber atau pusat siber Koridor

Raya Multimedia, dalam tempoh pengecualian yang dinyatakan dalam subperenggan 3(1); atau

(b)

yang dijalankan oleh syarikat yang layak di dalam kawasan yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bandar siber atau pusat siber

Koridor Raya Multimedia dalam tempoh pengecualian lanjutan yang diberikan di bawah perenggan 4;

“perniagaan perintis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

P.U. (A) 50 3

“syarikat yang layak ” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(b)

yang bermastautin di Malaysia;

(c)

yang telah membuat permohonan kepada Menteri Kewangan dan Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk dianugerahkan status syarikat Koridor Raya Multimedia pada atau selepas 1 Januari 2015 dan belum menjalankan aktiviti yang layak pada masa permohonan itu dibuat;

dan

(d)

telah dianugerahkan status syarikat Koridor Raya Multimedia;

“tempoh pengecualian” ertinya tempoh pengecualian yang dinyatakan dalam subperenggan 3(1) atau apa-apa tempoh pengecualian lanjutan yang diberikan di bawah perenggan 4, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pengecualian