Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak bagi tempoh lima tahun mulai dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi syarat yang dikenakan berkenaan dengan penganugerahan status syarikat Koridor Raya Multimedia kepadanya dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh membebaskan atau disifatkan telah membebaskan syarikat yang layak daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

P.U. (A) 50 4

Pelanjutan tempoh pengecualian