Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015

Seksyen 4

(1)

Menteri boleh melanjutkan tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1) bagi tempoh lima tahun lagi tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Permohonan bagi pelanjutan tempoh pengecualian hendaklah dibuat oleh syarikat yang layak secara bertulis kepada Menteri tidak lewat dari sembilan puluh hari sebelum tamat tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1).

(3)

Pelanjutan tempoh pengecualian hendaklah bermula dari tarikh berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1)

dan berterusan selama tempoh lima tahun.

Pendapatan berkanun