Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang sepatutnya dituntut di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(2)
Pendapatan syarikat yang layak bagi setiap tempoh perakaunan bagi aktivitinya yang layak hendaklah dikira mengikut Akta dengan—
(a)
menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran, yang termasuk hari terakhir tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan
(b)
menentukan pendapatan yang berkenaan itu seolah-olah ia adalah pendapatan berkanun daripada perniagaan bagi tahun taksiran itu.
(3)
Amaun pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berkenaan dengannya pembayaran cukai pendapatan dikecualikan di bawah Perintah ini adalah seperti yang berikut:
P.U. (A) 50 5
(a)
tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun itu bagi tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1); atau
(b)
seratus peratus daripada pendapatan berkanun itu bagi tempoh pengecualian lanjutan yang diberikan di bawah perenggan 4.
(4)
Amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (3)
hendaklah dikurangkan dengan—
(a)
kerugian larasan tahun semasa daripada apa-apa perniagaan selain perniagaan perintis, apa-apa perniagaan diluluskan yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 11) 2006 [P.U. (A) 112/2006] dan aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini; dan
(b)
apa-apa kerugian larasan yang tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada—
(i)
apa-apa perniagaan perintis;
(ii)
apa-apa perniagaan diluluskan yang dikecualikan di bawah
Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2006
[P.U. (A) 112/2006]; dan
(iii)
apa-apa aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah
Perintah ini.
(5)
Sekian banyak daripada kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (4)(a) dan (b) yang digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta, seksyen 21A dan 25 Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 atau Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2006, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 50 6
(6)
Apa-apa amaun bagi kerugian larasan yang tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa, daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun dalam tempoh pengecualian hendaklah diambil kira untuk mengurangkan pendapatan menyeluruh syarikat yang layak mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas yang berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian bagi tahun taksiran itu dan tahun taksiran yang berikutnya.
(7)
Tiga puluh peratus daripada amaun pendapatan yang tidak dikecualikan di bawah subsubperenggan (3)(a) hendaklah disifatkan sebagai pendapatan menyeluruh atau sebahagian daripada pendapatan menyeluruh syarikat yang layak bagi tahun taksiran itu.
Elaun modal