Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Bagi maksud Perintah ini, walau apa pun peruntukan Jadual 3 kepada Akta—
(a)
perbelanjaan bakian bagi suatu aset yang digunakan sebelum tarikh permulaan tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh permulaan tempoh pengecualian hendaklah disifatkan sebagai perbelanjaan bakian aset itu pada tarikh permulaan tempoh pengecualian itu;
(b)
apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan berkenaan dengan suatu aset dalam tempoh asas sebelum tarikh permulaan tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh permulaan tempoh pengecualian hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tarikh permulaan tempoh pengecualian itu;
(c)
perbelanjaan bakian suatu aset yang digunakan semasa tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh tamat tempoh pengecualian hendaklah disifatkan sebagai perbelanjaan bakian aset itu pada tarikh yang berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian itu;
P.U. (A) 50 7
(d)
apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan berkenaan dengan suatu aset semasa tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh tamat tempoh pengecualian hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tarikh yang berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian itu;
(e)
jika suatu aset digunakan bagi maksud aktiviti yang layak digunakan juga bagi maksud selain aktiviti yang layak semasa tempoh pengecualian dan selepas tamat tempoh pengecualian—
(i)
elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dikurangkan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak; dan
(ii)
perbelanjaan bakian yang ditentukan di bawah subperenggan (a)
hingga (d) hendaklah dikurangkan dengan amaun apa-apa potongan yang dibuat di bawah subsubperenggan (i);
(f)
elaun modal yang tidak diserap sebelum permulaan tempoh pengecualian hendaklah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun syarikat yang layak yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang baginya tempoh pengecualian terpakai; dan
(g)
elaun modal yang tidak diserap semasa tempoh pengecualian bagi aktiviti yang layak itu hendaklah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun syarikat yang layak yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam tempoh asas yang berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian itu bagi tahun taksiran itu dan mana-mana tahun taksiran yang berikutnya.
P.U. (A) 50 8
Penarikan balik pengecualian