Malaysia legislation

Section 7

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015

Seksyen 7

(1)

Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah

Perintah ini jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri.

(2)

Jika pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini ditarik balik, penarikan balik itu hendaklah disifatkan berkuat kuasa—

(a)

dari tarikh pengecualian itu mula berkuat kuasa; atau

(b)

jika Menteri fikirkan patut, dari suatu tarikh selepas tarikh pengecualian itu mula berkuat kuasa, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penyerahan pengecualian