Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2015

Seksyen 8

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini melalui notis bertulis kepada Menteri.

(2)

Penyerahan pengecualian itu hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh kelulusan penganugerahan status syarikat Koridor

Raya Multimedia diberikan kepada syarikat yang layak itu; atau

(b)

dalam hal jika tempoh pengecualian telah bermula—

(i)

pada tarikh permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri; atau

(ii)

pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri.

P.U. (A) 50 9

Akaun berasingan