Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai sebagaimana yang ditentukan dalam subperenggan (2) dan (3) yang diperoleh daripada menjalankan suatu perniagaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Tertakluk kepada subperenggan (3), amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai yang dikecualikan di bawah subperenggan (1) hendaklah ditentukan mengikut cara yang berikut:
(a)
pertama, amaun perbezaan antara pendapatan yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dengan pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran itu (selepas ini disebut sebagai “amaun peningkatan pendapatan yang boleh dikenakan cukai”) hendaklah ditentukan;
(b)
kemudian, peratusan amaun peningkatan pendapatan yang boleh dikenakan cukai (selepas ini disebut sebagai “peratus nilai peningkatan”) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
4
iaitu A ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada suatu punca yang terdiri daripada suatu perniagaan orang yang layak itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan
B ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada suatu punca yang terdiri daripada suatu perniagaan orang yang layak itu dalam tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran itu;
(c)
kemudian, amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai yang dikecualikan di bawah subperenggan (1) hendaklah ditentukan dengan menggunakan formula yang berikut:
(i)
jika peratus nilai peningkatan ialah 20 peratus atau lebih:
D iaitu C ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas amaun peningkatan pendapatan yang boleh dikenakan cukai pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2
Bahagian