Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan seseorang tuan rumah yang menyewakan harta kediamannya daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan lima puluh peratus daripada pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada penyewaan harta kediaman itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Pengeculian di bawah subperenggan (1) tertakluk kepada syarat yang berikut:
P.U. (A) 55 3
(a)
tuan rumah ialah seorang individu warganegara yang bermastautin di Malaysia dan tuan punya berdaftar harta kediamannya;
(b)
amaun sewa bulanan yang diterima daripada setiap harta kediaman tidak melebihi dua ribu ringgit;
(c)
perjanjian penyewaan antara tuan rumah dan penyewa yang disempurnakan dan disetemkan berkuat kuasa pada atau selepas 1 Januari 2018; dan
(d)
harta kediaman itu disewa bagi apa-apa tempoh mulai 1 Januari 2018
hingga 31 Disember 2018.
Punca berasingan dan akaun berasingan