Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal yang berikut yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan suatu bangunan atau peralatan perubatan yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud projek yang layak yang disebut dalam subperenggan 4(2)—
(a)
berhubung dengan bangunan, kos pembelian atau pembinaan bangunan baharu, atau kos pengubahsuaian atau pembaharuan
P.U. (A) 141 3
bangunan sedia ada, yang bangunan itu mengikut piawaian yang dikehendaki di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], dan penubuhan, penyenggaraan dan pengendalian bangunan itu sebagai suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta telah diluluskan dan dilesenkan oleh
Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia di bawah Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998; dan
(b)
berhubung dengan peralatan perubatan, kos perbelanjaan bagi peralatan perubatan yang setiap satu berharga lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan peralatan perubatan itu telah ditentusahkan oleh Menteri Kesihatan sebagai berkaitan dengan projek yang layak.
(2)
Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)
tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pihak pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja, syarikat yang layak.
Pengecualian