Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (2), yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) ialah—
(a)
suatu perniagaan membekalkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta baharu; atau
P.U. (A) 141 4
(b)
suatu projek pembesaran, pemodenan atau pembaharuan perniagaan membekalkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang sedia ada, yang diluluskan oleh
Menteri
Kesihatan dan berdaftar dengan
Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia.
(3)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak, sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
(4)
Bagi maksud subperenggan (3)—
(a)
tarikh yang ditentukan berhubung dengan projek yang layak yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a)—
(i)
tidak boleh lebih awal dari 1 Januari 2018; dan
(ii)
tertakluk kepada subsubsubperenggan (i), tidak boleh lebih awal dari tiga tahun sebaik sebelum tarikh permohonan pengecualian diterima oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau
(b)
tarikh yang ditentukan berhubung dengan projek yang layak yang disebut dalam subsubperenggan (2)(b) tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan pengecualian diterima oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
P.U. (A) 141 5
(5)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi—
(a)
permohonan pengecualian yang diterima oleh
Lembaga
Pembangunan
Pelaburan
Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020
dan permohonan itu telah diluluskan oleh Menteri;
(b)
syarikat yang layak yang—
(i)
berhubung dengan projek yang layak yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a), belum menjalankan perniagaan membekalkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta pada tarikh permohonan pengecualian diterima oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau
(ii)
berhubung dengan projek yang layak yang disebut dalam subsubperenggan
(2)
, belum melakukan apa-apa perbelanjaan modal yang layak ke atas projek yang layak itu pada tarikh permohonan pengecualian diterima oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; dan
(c)
syarikat yang layak yang tidak pernah diberikan apa-apa pengecualian di bawah Perintah ini, Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian)
(No.
3)
2017
[P.U.
(A)
203/2017]
atau
Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 2012 [P.U. (A) 22/2012].
(6)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada—
(a)
bilangan pelancong kesihatan yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan swasta daripada projek yang layak itu ialah
P.U. (A) 141 6
sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada jumlah pesakit daripada projek yang layak itu bagi setiap tahun taksiran; dan
(b)
sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada pendapatan kasar syarikat yang layak itu daripada projek yang layak itu dijana daripada pelancong kesihatan bagi setiap tahun taksiran.
(7)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
(8)
Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disebut dalam subperenggan (2), (5)
dan (6) ialah perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditentukan oleh Menteri.
(9)
Dalam perenggan ini—
“kemudahan jagaan kesihatan swasta” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998;
“Lembaga
Pembangunan
Pelaburan
Malaysia”
ertinya
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3
Akta
Lembaga
Pembangunan
Pelaburan
Malaysia
(Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia” ertinya suatu majlis yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 bagi maksud membangunkan dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan di Malaysia;
P.U. (A) 141 7
“pelancong kesihatan” ertinya individu yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di Malaysia yang merupakan—
(a)
bukan warganegara
Malaysia yang menyertai program
Malaysia My Second Home dan tanggungannya;
(b)
pegawai dagang bukan warganegara Malaysia yang memegang permit kerja Malaysia dan tanggungannya; atau
(c)
bukan warganegara Malaysia yang melawat Malaysia;
“perkhidmatan jagaan kesihatan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998;
“perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta.
Pendapatan berkanun