Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas untuk setiap tempoh pengecualian hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3
kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(2)
Jika suatu aset digunakan bagi maksud suatu projek yang layak juga digunakan bagi maksud suatu projek selain projek yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud projek yang layak itu.
P.U. (A) 141 8
(3)
Jika pengecualian diberikan kepada suatu syarikat yang layak di bawah subperenggan 4(1) bagi suatu tahun taksiran, suatu amaun yang bersamaan dengan amaun elaun yang disebut dalam subperenggan 4(1) hendaklah dikecualikan daripada cukai bagi tahun taksiran itu.
(4)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang syarikat yang layak itu mempunyai pendapatan berkanun daripada projek yang layak itu, dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1).
Pelupusan aset dalam tempoh lima tahun