Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh syarikat yang layak ke atas aset yang digunakan bagi maksud suatu projek yang layak dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan aset itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset itu dilupuskan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 7.
(1)
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa aset yang berkenaan dengannya pengecualian dipohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
P.U. (A) 141 9
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327].
Penarikan balik pengecualian