Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran berhubung dengan laba atau keuntungan yang diperoleh, sebagai ganti faedah, daripada Sukuk Prihatin.
(2)
Bagi maksud perenggan ini—
“orang yang layak” ertinya—
(a)
individu yang merupakan seorang warganegara Malaysia berumur lapan belas tahun ke atas;
(b)
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia tetapi tidak termasuk suatu institusi kewangan dan seorang pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671]; atau
P.U. (A) 95 3
(c)
suatu kumpulan orang, perkongsian atau perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dan menjalankan perniagaannya di Malaysia tetapi tidak termasuk pemegang amanah yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Syarikat Amanah Malaysia yang bertindak bagi pihak orang itu;
“Sukuk Prihatin” ertinya sekuriti Islam yang mempunyai nilai nominal sehingga enam ratus enam puluh enam juta empat ratus tujuh belas ribu dan lima ratus ringgit (RM666,417,500.00) yang diterbitkan mengikut prinsip Murabahah pada 22 September 2020 oleh Kerajaan.
(3)
Bagi maksud subperenggan (2), “institusi kewangan” ertinya—
(a)
suatu bank, bank pelaburan atau penanggung insurans yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
suatu bank Islam, pengendali takaful atau pengendali takaful antarabangsa yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau
(d)
suatu entiti yang disenaraikan di bawah Bahagian 1, Jadual 4 kepada
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
P.U. (A) 95 4
Dibuat 1 Mac 2021
[MOF.TAX(S) 700-2/1/114; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-77; PN(PU2)80/C]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 95 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2021