Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2022

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“pembiayaan modal benih” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat modal teroka kepada suatu syarikat teroka bagi tujuan penyelidikan, penilaian, dan pembangunan suatu konsep permulaan atau prototaip;

“pembiayaan peringkat awal” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat modal teroka kepada suatu syarikat teroka sebagai—

(a)

perbelanjaan modal atau modal kerja bagi memulakan pengkomersialan suatu teknologi atau keluaran;

(b)

perbelanjaan modal tambahan atau modal kerja tambahan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, pemasaran atau pembangunan keluaran; atau

(c)

suatu pembiayaan interim bagi suatu syarikat teroka yang dijangka disenaraikan dalam senarai rasmi suatu bursa saham;

P.U. (A) 115 3

“pembiayaan permulaan” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat modal teroka kepada suatu syarikat teroka bagi pembangunan keluaran dan pemasaran permulaan;

“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia1993 [Akta 498];

“syarikat modal teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(b)

berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan

(c)

melabur dalam satu atau lebih dari satu syarikat teroka dalam bentuk pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal;

“syarikat teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;

(b)

bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

dan

(c)

terlibat dalam menggunakan pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal bagi—

(i)

aktiviti atau keluaran yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327];

(ii)

aktiviti perniagaan berasaskan teknologi sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan berhubung dengan insentif cukai modal teroka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

P.U. (A) 115 4

(iii)

keluaran atau aktiviti yang dibangunkan di bawah skim penyelidikan dan pembangunan yang diluluskan oleh Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi; atau

(iv)

keluaran, perkhidmatan atau aktiviti yang dibangunkan di bawah skim geran penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang diluluskan oleh Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.

Pengecualian

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2022