Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2022

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat modal teroka daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun ke atas semua punca pendapatan yang hendaklah—

(a)

bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas syarikat modal teroka itu mendapat perakuan pertamanya daripada Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia; dan

(b)

perakuan pertama yang diterima itu hendaklah tidak boleh lewat daripada 31 Disember 2026.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun taksiran atau tahun-tahun taksiran bersamaan dengan baki hayat dana yang ditubuhkan bagi tujuan untuk melabur dalam suatu syarikat teroka, mengikut mana-mana yang terkurang (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”).

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat modal teroka itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

(4)

Pengecualian di bawah Perintah ini tidak terpakai kepada pendapatan faedah yang berbangkit daripada simpanan atau simpanan tetap dan keuntungan daripada deposit yang berlandaskan syariah.

P.U. (A) 115 5

Syarat kelayakan bagi pengecualian

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2022