Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi tujuan pengecualian di bawah subperenggan 3(1), syarikat modal teroka hendaklah, pada tiap-tiap tahun taksiran dalam tempoh pengecualian itu, mendapatkan perakuan daripada
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia yang mengesahkan bahawa—
(a)
ia telah melabur sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada dana yang dilaburkannya dalam bentuk pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan, pembiayaan peringkat awal atau mana-mana gabungan pembiayaan tersebut dalam syarikat teroka;
(b)
ia telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada atau selepas 27 Oktober 2017 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2023; dan
(c)
ia tidak melabur dalam syarikat teroka, yang merupakan syarikat berkaitan syarikat modal teroka pada masa pelaburan pertama dibuat.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1)
Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
Kerugian daripada pelupusan pelaburan