Seksyen 5
Kerugian daripada pelupusan pelaburan
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2022
P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5
Jika suatu syarikat modal teroka mengalami kerugian daripada pelupusan pelaburan dalam suatu syarikat teroka dalam suatu tempoh asas bagi mana-mana tahun taksiran dalam tempoh pengecualian di bawah Perintah ini, kerugian berkenaan hendaklah—
(a)
dibawa kepada tahun taksiran berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian; dan
(b)
dipotong daripada pendapatan berkanun ke atas semua punca pendapatan.
P.U. (A) 115 6