Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian)
(No.
11)
2005
[P.U. (A) 75/2005], yang disebut sebagai “Perintah yang dimansuhkan” dalam perenggan ini, dibatalkan berkuat kuasa dari tahun taksiran 2018.
(2)
Jika suatu syarikat modal teroka telah diberi pengecualian di bawah
Perintah yang dimansuhkan, maka pengecualian sedemikian itu hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi baki tahun taksiran dalam tempoh pengecualian syarikat modal teroka itu seolah-olah Perintah yang dimansuhkan itu tidak dibatalkan oleh Perintah ini.
(3)
Apa-apa permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah yang dimansuhkan yang masih belum diputuskan pada tarikh kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh itu, terhenti daripada diperlakukan di bawah Perintah yang dimansuhkan dan hendaklah diperlakukan di bawah Perintah ini.
Dibuat 13 April 2022
[MOF.TAX(S)700-2/7/695; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-168; PN(PU2)80/JLD. 105]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 115 7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2022