Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2023

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aktiviti menjana pendapatan teras” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal berhubung dengan perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak;

“aktiviti perdagangan yang layak” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal berkenaan dengan pemerolehan dan penjualan bahan mentah, komponen dan barangan siap daripada hab prinsipal itu kepada suatu syarikat rangkaian di dalam atau di luar Malaysia;

“hab prinsipal" ertinya suatu hab prinsipal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“perkhidmatan yang layak”

ertinya perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual 1;

P.U. (A) 251 3

"syarikat berkaitan" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

“syarikat rangkaian” ertinya—

(a)

suatu syarikat berkaitan;

(b)

suatu entiti dalam kumpulan syarikat yang sama dengan hab prinsipal termasuk suatu subsidiari, cawangan, usaha sama atau francais; atau

(c)

suatu syarikat yang mempunyai perjanjian kontraktual dengan hab prinsipal atau syarikat pemegangan muktamad hab prinsipal berhubung dengan rantaian bekalan dan perniagaan hab prinsipal sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun.

Hab prinsipal

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2023