Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2023

Seksyen 3

Suatu hab prinsipal yang disebut di bawah Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

sedang beroperasi di Malaysia yang—

(i)

tidak mempunyai status suatu ibu pejabat operasi, pusat perolehan antarabangsa atau pusat pengedaran serantau;

atau

(ii)

telah diluluskan oleh Menteri sebagai mempunyai status suatu ibu pejabat operasi, pusat perolehan antarabangsa atau pusat pengedaran serantau; dan—

P.U. (A) 251 4

(A)

telah diluluskan insentif bagi ibu pejabat operasi, pusat perolehan antarabangsa atau pusat pengedaran serantau; atau

(B)

tidak diluluskan insentif bagi ibu pejabat operasi, pusat perolehan antarabangsa atau pusat pengedaran serantau; dan

(c)

mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit.

Pengecualian

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2023