Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada perenggan 5, Menteri mengecualikan suatu hab prinsipal dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjana pendapatan teras.
(2)
Permohonan bagi pengecualian hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis oleh suatu hab prinsipal dan diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1
Januari 2019
tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020; dan
(b)
mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri.
(3)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada hab prinsipal itu mematuhi—
(a)
syarat bagi hab prinsipal yang dinyatakan dalam Jadual 2
atau Jadual 3; dan
(b)
apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri dalam surat kelulusan.
P.U. (A) 251 5
(4)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (selepas ini disebut sebagai
“tahun taksiran yang dikecualikan”) dan permulaan tempoh pengecualian itu hendaklah ditentukan oleh Menteri.
(5)
Pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjana pendapatan teras yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
(a)
berhubung dengan perkhidmatan yang layak yang dijalankan oleh hab prinsipal—
B iaitu
A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I Jadual 1
kepada Akta dikurangkan oleh amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada perkhidmatan yang layak itu pada kadar sepuluh peratus;
B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak
P.U. (A) 251 6
pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I Jadual 1
kepada Akta; dan
C ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak;
atau
(b)
berhubung dengan aktiviti perdagangan yang layak yang dijalankan oleh hab prinsipal—
B iaitu
A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2
Bahagian
I