Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2011

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta

Syarikat 1965 [Akta 125], koperasi berasaskan pertanian, Persatuan Peladang Kawasan,

Persatuan Peladang Persekutuan, Persatuan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan

Kawasan, Persatuan Nelayan Persekutuan, Persatuan Nelayan Negeri dan kepunyaan tunggal, perkongsian atau persatuan yang semata-mata terlibat dalam pertanian atau perikanan;

“projek baru” ertinya projek pertama yang dijalankan oleh orang yang layak bagi maksud melaksanakan suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan dan projek baru itu diluluskan oleh Menteri;

“projek pembesaran” ertinya suatu projek yang dijalankan oleh orang yang layak bagi maksud membesarkan projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan yang sedia ada yang mana projek pembesaran itu—

(a)

tidak pernah diberi suatu pengecualian di bawah Perintah ini;

(b)

melibatkan suatu kawasan tanah baru; dan

(c)

diluluskan oleh Menteri;

“projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan” ertinya suatu projek yang berhubungan dengan—

(a)

penanaman kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba atau rempah;

(b)

akuakultur;

(c)

penternakan lembu, kerbau, kambing atau biri-biri; atau

(d)

perikanan laut dalam, yang disifatkan sebagai suatu perniagaan berasingan dan tersendiri.

Pemakaian