Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2011

Seksyen 4

(a)

suatu projek baru bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”) berkenaan dengan pendapatan berkanunnya, bermula dari tahun pertama taksiran yang orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubungan dengan projek itu; atau

(b)

suatu projek pembesaran bagi suatu tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”) berkenaan dengan pendapatan berkanun daripada projek yang sedia ada dan projek pembesarannya, bermula dari tahun pertama taksiran yang orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubungan dengan projek yang sedia ada dan projek pembesaran itu, dan tahun taksiran pertama itu tidak boleh lebih awal daripada tahun taksiran dalam tempoh asas yang dalamnya jatuh tarikh kelulusan daripada Menteri.

(2)

Pendapatan berkanun daripada projek yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) atau (b) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun-elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun-elaun itu telah dibuat:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu aset yang digunakan bagi maksud projek yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) atau (b) adalah juga digunakan bagi maksud suatu projek selain projek itu, maka elaun-elaun yang boleh diberikan mengikut Jadual 3 Akta hendaklah dikurangkan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud projek yang pertama disebut itu.

P.U. (A) 166 5

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Kerugian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2011