Skip to content

Seksyen 5

Kerugian

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 3) 2011

P.U. (A)In forceProvision 5 of 9
Seksyen 5
(1)

Apa-apa kerugian larasan yang dialami—

(a)

dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang projek yang disebut dalam subsubperenggan 4(1)(a) atau (b) bermula sehingga tahun taksiran sebaik sebelum tahun-tahun taksiran yang dikecualikan; dan

(b)

dalam masa tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan berkanun projek selepas tahun atau tahun-tahun taksiran yang dikecualikan sehingga projek itu menggunakan kesemua amaun kerugian larasan yang ia berhak sedemikian.

(2)

Sekian banyak daripada kerugian larasan yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi projek yang disebut dalam subsubperenggan 4(1)(a) atau (b) selepas tahun atau tahun-tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah tidak diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2)

Akta.