Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi orang yang layak bagi suatu tahun taksiran dalam tempoh asas jka orang yang layak itu—
(a)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
(b)
telah membuat suatu tuntutan bagi elaun di bawah Jadual 7A atau Jadual 7B Akta;
(c)
telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau
(d)
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 kecuali suatu elaun di bawah Jadual 3 Akta.
Dibuat 29 April 2011
[Perb.0.3865/73(SJ.63)VOL.2 (31); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-17.12; PN(PU2)80/LXI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 166 7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2011