Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan seorang individu bukan warganegara daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada suatu penggajian dengan suatu pusat pengurusan perbendaharaan.
P.U. (A) 184 3
(2)
Tertakluk kepada subperenggan (3), amaun pendapatan yang dikecualikan di bawah subperenggan (1) berkenaan dengan penggajian yang dijalankan di luar
Malaysia hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A x B
C apabila
A ialah pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu tahun taksiran yang berkaitan dengan suatu pusat pengurusan perbendaharaan;
B ialah bilangan hari dalam tahun taksiran yang individu itu dalam penggajian dengan pusat pengurusan perbendaharaan yang dijalankan di luar Malaysia; dan
C ialah bilangan hari dalam tahun taksiran yang individu itu dalam penggajian dengan pusat pengurusan perbendaharaan.
(3)
Jika individu bukan warganegara itu mempunyai punca pendapatan selain penggajian dengan pusat pengurusan perbendaharaan itu, pendapatan yang boleh dikenakan cukai yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
D x
E
F apabila
D ialah pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu tahun taksiran;
E ialah pendapatan kasar daripada penggajian dengan pusat pengurusan perbendaharaan bagi suatu tahun taksiran; dan
P.U. (A) 184 4
F ialah pendapatan kasar daripada semua punca pendapatan bagi suatu tahun taksiran.
(4)
Bagi maksud subperenggan (2), seorang individu bukan warganegara disifatkan berada di luar Malaysia untuk satu hari jika individu itu berada di luar
Malaysia untuk seluruh hari itu.
Dibuat 15 Jun 2012
[Perb. 0.3865/434(SK.1)(20); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/LXV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 184 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2012