Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengecualian
(a)
tahun taksiran 2013 berhubung dengan tadika sedia ada; atau
(b)
invois pertama yang dikeluarkan oleh tadika yang memulakan perniagaan dari tahun taksiran 2013.
P.U. (A) 13 3
(2)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan untuk apa-apa elaun dibuat.
(3)
Jika aset yang digunakan bagi maksud pendapatan berkanun itu digunakan juga bagi maksud suatu pendapatan perniagaan lain atau punca pendapatan yang lain, maka elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat aset itu digunakan bagi maksud pendapatan berkanun.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Kerugian