Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2013

Seksyen 6

(1)

Jika orang yang dikecualikan di bawah perenggan 4 menjalankan perniagaan selain penyediaan dan penyenggaraan tadika, pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan itu hendaklah dianggap sebagai suatu punca perniagaan berasingan dan berlainan orang itu.

(2)

Orang yang dikecualikan di bawah perenggan 4 hendaklah menyenggara akaun berasingan bagi—

(a)

pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika yang disebut dalam perenggan 4; dan

(b)

pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan selain penyediaan dan penyenggaraan tadika.

Dibuat 11 Januari 2013

[Perb. CR(8.09)294/6/4-9(SJ.10); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)80/LXVIII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 13 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2013