Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(2)
Amaun cukai pendapatan yang dikecualikan di bawah subperenggan (1)
hendaklah suatu amaun yang sama dengan amaun pelaburan yang dibuat oleh pelabur mangkin itu dalam syarikat penerima pelaburan itu.
P.U. (A) 167 3
(3)
Jika amaun pelaburan yang disebut dalam subperenggan (2) melebihi pendapatan agregat pelabur mangkin itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran yang disebut dalam subperenggan itu, lebihan amaun itu tidak boleh dibayar balik kepada pelabur mangkin itu atau digunakan sebagai kredit untuk tolakan liabiliti cukainya bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun taksiran yang berikutnya.
(4)
Pengecualian di bawah perenggan ini adalah tertakluk kepada—
(a)
pelaburan itu tidak dilupuskan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam masa dua tahun dari tarikh pelaburan itu dibuat; dan
(b)
syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat kelulusan bagi pelaburan itu telah dipatuhi.
(5)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan seseorang pelabur mangkin daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Penarikan balik pengecualian cukai