Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2014

Seksyen 5

Pemakaian

(a)

pelabur mangkin—

(i)

yang bermastautin di Malaysia dan punca pendapatannya tidak diperoleh daripada perniagaan semata-mata;

P.U. (A) 167 4

(ii)

yang telah membuat permohonan kepada Menteri pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017 untuk membuat pelaburan dalam syarikat penerima pelaburan;

(iii)

yang tidak mempunyai ibu atau bapa, termasuklah ibu atau bapa mertua, anak, termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, abang, kakak atau adik, atau datuk, nenek atau cucu, atau suami atau isteri, yang membuat apa-apa pelaburan dalam syarikat penerima pelaburan itu;

(iv)

yang pelaburannya adalah semata-mata bagi maksud pembiayaan aktiviti syarikat penerima pelaburan itu sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; dan

(v)

yang pelaburannya itu tidak melebihi tiga puluh peratus daripada jumlah modal saham berbayar syarikat penerima pelaburan itu; dan

(b)

syarikat penerima pelaburan—

(i)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] dan bermastautin di Malaysia;

(ii)

yang sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus modal saham biasanya yang diterbitkan dimiliki secara langsung oleh pemegang saham (selain pelabur mangkin) yang merupakan warganegara; dan

(iii)

yang menjalankan aktiviti yang diluluskan oleh Menteri.

P.U. (A) 167 5

Ketidakpakaian

Section 5 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2014