Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“bank Islam berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
“institusi yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
“orang yang layak” ertinya seseorang individu yang bermastautin di Malaysia;
“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995
[Akta 539];
“platform akaun pelaburan”
ertinya suatu platform multibank yang membolehkan penyaluran dana yang dilaburkan oleh seseorang melalui suatu akaun pelaburan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.
P.U. (A) 113 3