Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2016

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan keuntungan daripada pelaburan yang diterima oleh orang yang layak itu dalam tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran pertama keuntungan itu diterima oleh orang yang layak itu.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(a)

pelaburan itu dibuat dalam tempoh tiga tahun mulai 1 April 2016

hingga 31 Mac 2019;

(b)

pelaburan itu dibuat melalui platform akaun pelaburan yang ditubuhkan oleh bank Islam berlesen atau institusi yang ditetapkan dan dikendalikan oleh seseorang yang diiktiraf oleh

Bank Negara Malaysia;

(c)

pelaburan itu adalah untuk membiayai apa-apa usaha niaga atau projek dalam Malaysia dalam mana-mana industri atau sektor yang diusahakan oleh perusahaan kecil dan sederhana yang memenuhi kriteria yang berikut:

(i)

seorang tuan punya tunggal warganegara Malaysia dan perniagaannya didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 [Akta 197];

(ii)

suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743], dengan sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus sumbangan modalnya disumbangkan oleh warganegara

Malaysia;

P.U. (A) 113 4

(iii)

suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah

Akta

Pendaftaran

Perniagaan 1956, dengan sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus sumbangan modalnya disumbangkan oleh warganegara

Malaysia; atau

(iv)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125]

dengan sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus modal saham biasanya yang diterbitkan dimiliki secara langsung oleh warganegara

Malaysia;

(d)

usaha niaga atau projek yang berkenaan dengannya pelaburan itu dibuat ditaja oleh bank Islam berlesen atau institusi yang ditetapkan;

(e)

orang yang layak memperoleh pengesahan daripada orang yang mengendalikan platform akaun pelaburan mengenai keuntungan yang diterima daripada usaha niaga atau projek yang berkenaan dengannya pelaburan itu dibuat dan mengemukakan pengesahan itu kepada Ketua Pengarah; dan

(f)

usaha niaga atau projek yang berkenaan dengannya pelaburan itu dibuat tidak melibatkan mana-mana saudara-mara orang yang layak itu yang berikut:

(i)

suami atau isteri;

(ii)

ibu atau bapa, termasuklah ibu tiri atau bapa tiri, dan ibu mertua atau bapa mertua;

(iii)

anak, termasuklah anak tiri, atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang;

P.U. (A) 113 5

(iv)

adik-beradik lelaki atau adik-beradik perempuan, termasuklah adik-beradik tiri lelaki atau adik-beradik tiri perempuan; dan

(v)

datuk, nenek atau cucu, termasuklah datuk tiri, nenek tiri atau cucu tiri.

Penarikan balik pengecualian

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2016