Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2017

Seksyen 6

Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh syarikat yang layak ke atas aset yang digunakan bagi maksud suatu projek yang layak dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan aset itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset itu dilupuskan.

Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 7.