Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“akaun ringgit yang layak” ertinya suatu akaun bagi pelaburan yang dibuat dalam
Ringgit Malaysia yang berhubungan dengan perniagaan orang yang layak dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
“orang yang layak” ertinya—
(a)
Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa dalam—
(i)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang menjalankan perniagaan perbankan
Islam dalam apa-apa mata wang selain
Ringgit Malaysia;
(ii)
suatu institusi berlesen atau diberi kuasa di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan 2013
[Akta 758]
yang menjalankan perniagaan perbankan Islam dalam apa-apa mata
P.U. (A) 251 3
wang selain Ringgit Malaysia; atau
(iii)
suatu pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 yang menjalankan perniagaan takaful dalam apa-apa mata wang selain Ringgit Malaysia;
(b)
suatu bank Islam antarabangsa berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 yang menjalankan perniagaan perbankan Islam dalam apa-apa mata wang selain Ringgit Malaysia; atau
(c)
suatu pengendali takaful antarabangsa berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang menjalankan perniagaan takaful dalam apa-apa mata wang selain Ringgit Malaysia, yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
Pengecualian