Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2018

Seksyen 4

(1)

Apa-apa amaun kerugian larasan yang dialami oleh orang yang layak dalam suatu tahun taksiran dalam tempoh asas yang disebut dalam subperenggan 3(1)

hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan berkanun daripada perniagaan orang yang layak dan akaun ringgit yang layak selepas tahun atau

P.U. (A) 251 4

tahun-tahun taksiran yang dikecualikan sehingga kesemua amaun kerugian larasan itu telah digunakan daripada pendapatan berkanun daripada perniagaan orang yang layak dan akaun ringgit yang layak itu.

(2)

Sekian banyak daripada kerugian larasan yang disebut dalam subperenggan (1) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun daripada perniagaan orang yang layak dan akaun ringgit yang layak bagi suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta.

Punca berasingan dan akaun berasingan