Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 3) 2019
(1)
Menteri mengecualikan individu yang tidak bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada Malaysia berhubungan dengan apa-apa bayaran yang diterima daripada mana-mana institusi atau organisasi keagamaan bagi perkhidmatan yang berikut sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut:
(a)
memberikan ceramah keagamaan atau pengajian suatu kitab keagamaan termasuk ceramah terjemahan suatu kitab suci atau kitab keagamaan yang berkaitan; atau
(b)
mengetuai sembahyang atau upacara penyembahan mengikut ritual agama masing-masing.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
program atau aktiviti keagamaan tersebut dijalankan dan dianjurkan oleh institusi atau organisasi keagamaan tersebut semata-mata bagi tujuan keagamaan dan bukan bagi tujuan
3
komersil atau keuntungan;
(b)
program atau aktiviti keagamaan tersebut dijalankan dan dianjurkan tanpa mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta;
dan
(c)
program atau aktviti keagamaan tersebut bermula pada atau selepas 1 Februari 2019.
(3)
Bagi maksud perenggan ini, “institusi atau organisasi keagamaan” ertinya suatu institusi atau organisasi keagamaan—
(a)
yang ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi maksud menguruskan tempat ibadat berhubung dengan agama atau pemajuan agama dan tidak dikendalikan atau dijalankan terutamanya bagi keuntungan; dan
(b)
yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi itu.