Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2022

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat pengurusan modal teroka daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperolehi daripada pengurusan dana syarikat modal teroka yang diterima oleh syarikat pengurusan modal teroka itu daripada suatu syarikat modal teroka itu sebagaimana yang dinyatakan dalam suatu perjanjian berkenaan pengurusan pelaburan syarikat modal teroka yang dibuat antara syarikat tersebut berhubung dengan—

(a)

bahagian keuntungan;

(b)

fi pengurusan; dan

(c)

fi prestasi termasuk bonus prestasi dan faedah dibawa.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh mulai tahun taksiran 2018 hingga tahun taksiran 2026 (selepas ini disebut sebagai

“tempoh pengecualian”).

P.U. (A) 116 3

(3)

Dalam perenggan ini—

(a)

“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

(b)

“syarikat modal teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(i)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

(ii)

melabur dalam satu atau lebih dari satu syarikat teroka dalam bentuk pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal; dan

(iii)

yang telah mendapat perakuan daripada Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia bahawa syarikat itu mematuhi syarat untuk layak bagi pengecualian di bawah Perintah Cukai

Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2022.

(c)

“syarikat pengurusan modal teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(i)

berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan

(ii)

telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa, bagi setiap tahun taksiran yang syarikat pengurusan modal teroka itu dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan di bawah perenggan ini, syarikat itu—

(A)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Malaysia; dan

P.U. (A) 116 4

(B)

melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia.

Kerugian