Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada perenggan 3, Menteri mengecualikan suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terbit dari luar Malaysia yang diterima di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan (1), syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi itu hendaklah, dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta, yang hendaklah termasuk syarat yang berikut:
(a)
mengambil kerja pekerja yang mencukupi di Malaysia; dan
(b)
melakukan amaun perbelanjaan operasi yang mencukupi di Malaysia.
P.U. (A) 75 3
(3)
Apa-apa potongan berhubung dengan pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan ini tidak diambil kira bagi maksud menentukan pendapatan boleh cukai syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi itu.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Laba atau keuntungan daripada pelupusan hak harta intelek