Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Apa-apa laba atau keuntungan daripada pelupusan hak harta intelek tidak diambil kira bagi maksud menentukan laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang disebut dalam subperenggan 2(1) dengan syarat bahawa syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak harta intelek itu.
(2)
Dalam perenggan ini, “hak harta intelek” ertinya apa-apa hak yang berbangkit daripada paten, inovasi utiliti dan penemuan, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, proses atau formula rahsia dan kepandaian, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan suatu varieti tumbuhan, atau hak lain yang serupa, sama ada yang didaftarkan atau yang boleh didaftarkan atau tidak.
Ketidakpakaian